Saturday 6 October 2018

KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR

Image result for politeknik muadzam shah
NAMA AHLI : i) AINNUR IZYANI BINTI SAHARUDDIN
                         ii) NURUL AZREEN BINTI ZULKIFLI
                        iii) MUHAMMAD HAZIQ MIRZA
NAMA PENSYARAH : USTAZ TAHA BIN  RULAM AHAMAD


KONSEP PEMBANGUNAN & ALAM SEKITAR 

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang berkembang pesat dan menuju ke arah kemajuan dalam pelbagai bidang . Namun , dalam kepesatan pertumbuhannya itu , kegiatan pembangunan juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar . Kegiatan perusahaan perkilangan menjadi punca kepada pencemaran udara , manakala pembuangan toksik menjadi punca berlakunya pencemaran air . Selain itu , kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan yang giat dijalankan juga mengganggu ekosistem dan boleh mengakibatkan hakisan tanah . 


KONSEP PENCEMARAN & PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Alam sekitar yang berkualiti menyumbang kepada usaha meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan jangka panjang . Beberapa mekanisme institusi dan program dilaksanakan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar dan memulihara sumber asli melalui berbagai bagai program nasional dan antarabangsa .

PEMELIHARAAN & PEMULIHARAAN KUALITI ALAM SEKITAR

Pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar akan meninggalkan kesan yang negatif bukan sahaja terhadap kesihatan manusia , tetapi kemajuan ekonomi negara . Kepentingan kualiti alam sekitar terhadap manusia terbukti melalui penyelidikan dan kajian di dalam dan luar negara . Kemusnahan alam sekitar berpunca daripada kerakusan manusia yang mengutamakan kepentingan diri sendiri sehingga sanggup memudaratkan orang lain .

Pertumbuhan industri dan pembandaran yang tidak terkawal juga menyebabkan pencemaran sekali gus mengakibatkan kualiti alam merosot . Tiga punca utama pencemaran udara ialah asap kenderaan , stesen jana kuasa serta pembakaran bahan api kilang dan domestik . Pengurusan dan pentadbiran yang berkesan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta sumber asli turut dititikberatkan di Malaysia . Pengurusan atau pentadbiran amat penting untuk meningkatkan kualiti alam sekitar dan sumber asli yang mapan . Tujuan dasar negara kita mengenai  alam sekitar adalah untuk mencapai alam sekitar yang bersih , selamat , sihat dan produktif untuk generasi kini dan masa depan  . Seterusnya , memelihara dan memulihara sumber asli dan warisan kebudayaan negara yang unik dengan penglibatan secara berkesan oleh semua pihak . Selanjutnya , menggalakkan cara hidup serta corak penggunaan dan pengeluaran yang sejajar dengan prinsip pembangunan mampan .


LANGKAH  PEMELIHARAAN & PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

a) Penghutanan Semula



Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu di kawasan penebangan hutan supaya kembali seperti hutan . Tujuan utama penghutanan semula adalah untuk memastikan bekalan kayu yang bermutu dapat dibekalkan secara berterusan .

b) Mewartakan Hutan Simpan & Taman Negara



Hutan simpan dan taman negara dapat memberi perlindungan kepada flora dan fauna yang hampir pupus . Kegiatan pembalakan , penerokaan hutan , dan pemburuan binatang tidak dibenarkan di kawasan tersebut .

c) Penanaman berteres


Kaedah penanaman berteres telah dijalankan di kawasan cerun bukit bagi pelbagai jenis tanaman seperti getah , kelapa sawit dan teh . Tujuan utama langkah ini dilaksanakan adalah untuk mencegah kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh di kawasan cerun bukit seperti tanaman teh di Cameron Highlands.

d) Tanaman Tutup Bumi


Tanaman tutup bumi seperti tanaman dan rumput ditanam di lereng lereng bukit antara barisan barisan getah dan kelapa sawit . Kaedah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan hakisan tanah dan mengekalkan kesuburan tanah .


e) Penggunaan baja organik


Petani petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada jenis haiwan dan sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia . Selain menambahkan kesuburan tanah , kos baja organik adalah lebih rendah , tidal perlu diproses dan tidak mencemarkan alam sekitar .


PRINSIP PEMELIHARAAN & PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Memastikan kualiti alam sekitar terpelihara dalam jangka panjang selari dengan usaha meningkatkan pembangunan negara . Selain itu , meningkatkan penglibatan kerajaan secara bersepadu dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

a) Kualiti Udara






Strategi masalah udara ini ialah mengurangkan pelepasan asap hitam daripada kenderaan berenjin diesel dan menguatkuasakan undang undang berkaitan kesalahan alam sekitar seperti pembakaran sisa secara terbuka dan pelepasan efluen . Selain itu pemeriksaan pelepasan asap kenderaan dan mengurangkan kesesakan dan pencemaran , terutama di lembah Klang dan Kuala Lumpur .


b) Kualiti Sungai



Strategi masalah ini ialah menilai kualiti air sungai mengikut Keperluan Oksigen Boikimia (BOD) Keperluan Oksigen Kimia , Amniniakal Nitrogen , Pepejal Terampai dan tahap hidrogen . Selain itu , penilaian secara berkesan tinggi dan pembukaan tanah yang menyebabkan pepejal terampai dan perubahan rupa bentuk sungai .


c) Sumber Pantai & Laut


Pemuliharaan kawasan pantai untuk pembiakan adalah dengan memaju dan mengenal pasti lokasi untuk pembangunan pantai yang berkesan supaya pemeliharaan dilaksanakan ke atas kawasan tadahan air bagi mengelak banjir kilat .



Negara Malaysia juga sangat mengambil berat dan prihatin terhadap alam sekitar . Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi memelihara dan memulihara alam sekitar daripada tercemar dan musnah .